Masa sekejap yang terisi dengan melarikan mata pena pada lembaran putih dan dipaparkan di dalam alam maya sebagai perkongsian rasa hati dan fikir minda........

Friday, February 18, 2011

Nampaknya





Nampaknya, kesibukan menelaah dan menghadam bahan bacaan telah membatasi diri untuk konsisten mencoret ayat-ayat di ruang coretan minda ini. Membatas pergerakan menulis dalam gaya yang tenang dan santai. Juga, ke sana dan ke mari kerana mencari sedikit bekalan untuk meneruskan kehidupan, agak memenatkan fizikal, maka minda tidak berdaya lagi diberi ruang untuk berwacana dalam coretan minda ini.
Kelemahan ini sudah diintai titiknya. Maka, penjadualan semula, mungkin penstrukturan semula atau perlarasan semula dicatur agar sekelumit ruang waktu berjaya dicuri untuk terus konsisten melarikan mata pena, memetik papan kekunci, menulis lagi dan lagi.
…………..juga terlupa sesuatu sehingga mengguriskan hati seseorang……………………..betul-betul terlupa sehinga diingatkan………..
Fatihi razali
Kuala Terengganu
22 safar 1432
26 januari 2011