Merenung pipi ‘humaira’ yang disayangi, mengusap ubun-ubun di sebalik mahkota ‘sodiqoti’, hati berasa begitu bersalah. Begitu meninggalkan permaisuri keseorangan melayari bahtera hari ini, tanpa sedikit pun menghulurkan tangan. Engkau keseorangan mengalunkan Surah Al-Mulk tanpa temanmu yang dicintai.
Biar aku mengucup dahimu yang jernih sebagai tanda mohon maaf. Suamimu ini berterima kasih mengenang jasamu. Cintamu membuatkan aku tidak lupa untuk cinta kepada Yang Maha Pencipta, kasihmu membuatkan aku tidak lupa untuk kasih kepada Junjungan Mulia, hormatmu membuatkan aku tidak lupa untuk hormat kepada kedua orang tua.
Tidurlah wahai kekasih gelapku. Esok, kehidupan masih lagi menagih kasih sayangmu. Uhibbeik.
fatihi razali,
kuala terengganu
3 Muharram 1431H
20 Disember 2009
Glosari
Mazmumah-perkara keji
Humaira-pipi kemerah-merahan
Sodiqoti-teman yang dipercayai
Uhibbeik- aku sayang padamu
No comments:
Post a Comment