Masa sekejap yang terisi dengan melarikan mata pena pada lembaran putih dan dipaparkan di dalam alam maya sebagai perkongsian rasa hati dan fikir minda........

Friday, December 4, 2009

aku cinta padamu


Hati ini ikhlas. Namun, biar aku pinjam cermin seketika untuk aku tatap diriku. Tak perlu kau bersusah payah meneropong di sebalik mikroskop untuk mencari zarah-zarah keikhlasan. Diri ini sedar, tiada harta untuk dihadiahkan, tiada ilmu untuk dikongsikan, tiada rupa untuk ditatap, tiada jasa untuk dikenang. Siapa aku untuk melayari lautan cinta bersamamu. Usahkan mengangkat bendera cinta dan melebar layar kasih, bahteranya pun belum siap.

Diri ini masih fakir dalam harta, masih fakir dalam fiqh.Usah kau menunggu aku untuk sekian waktu. Takut cinta ini mengundang fitnah,yang sepatutnya berada atas sejadah fitrah. Biar diri ini mengundur sepurnama bulan,mungkin segenap tahun, sebilang dekad atau sejauh abad, untuk bermuhasabah kitab cinta. Namun hati ini bahagia kerana pernah berbicara sendirian yang aku cinta padamu.Pergilah kepada insan lebih siap,lebih diketahui wibawanya. Aku takut jika setelah tangan ini mengangkat setuju aku terima nikahnya, kau merasa susah, derita dan kecewa.


fatihi razali,
Kuala Terengganu,
17 Zulhijjah 1430H
4 Disember 2009

1 comment: