Masa sekejap yang terisi dengan melarikan mata pena pada lembaran putih dan dipaparkan di dalam alam maya sebagai perkongsian rasa hati dan fikir minda........

Saturday, December 26, 2009

Memperjuangkan dan bukan mengejar

Tujahan kata-kata pembunuh semangat, lontaran lembing lisan tidak menyokong, panahan beracun yang meracuni pemikiran, perlu langkah berpencak membela diri, hati segerak tangkis untuk mara, tanpa sedar siapa halangan sebenarnya. Memperjuangkan dan bukan mengejar……



Bukan sekarang hasilnya, tapi sekarang bermulanya. Sinis mulanya, yakin dan percaya kemudiannya. Biar sedikit akhirnya membukit daripada banyak akhirnya lanyak. Menjadi orang yang terus mendaki, selepas berkhemah di kaki. Memperjuangkan dan bukan mengejar…..


Kalau momentum berupaya melawan inersia, kalau daya tujah ke atas berupaya melawan jasad tenggelam, kalau antibodi berupaya melawan virus, kalau cinta berupaya melawan benci, tiada alasan untuk menyanggah frasa memperjuangkan dan bukan mengejar….



fatihi razali
kuala terengganu
9 Muharram 1431H
26 Disember 2009

No comments:

Post a Comment