Masa sekejap yang terisi dengan melarikan mata pena pada lembaran putih dan dipaparkan di dalam alam maya sebagai perkongsian rasa hati dan fikir minda........

Friday, December 4, 2009

Pemuda melangkah gagah.....


Pemuda yang mampu merubah peta dunia. Pemuda yang berhati Saidina Ali karamullahu wajhah, bersemangat Salahuddin Al-Ayubi, berakal Hassan al-Bana, berbudi pekerti anak yang menyejukkan mata kedua orang tuanya, berjiwa merdeka, dan seteguh Kota Melaka.

Hidup ini jika berjiwa merdeka ternyata indah. Seindah pelangi yang mewarnai langit biru, dengan warna yang beraneka. Ianya terhasil selepas cahaya mentari yang menyinari alam, terbias oleh rahmat titisan hujan. Diiringi bunyi kicauan burung menyanyikan lagu kedamaian. Hidup di dunia, tempat untuk bercucuk tanam untuk ke negeri akhirat.


fatihi razali,
Kuala Terengganu,
10 Zulhijjah 1430H
27 November 2009

No comments:

Post a Comment