Masa sekejap yang terisi dengan melarikan mata pena pada lembaran putih dan dipaparkan di dalam alam maya sebagai perkongsian rasa hati dan fikir minda........

Thursday, December 24, 2009

Terima kasih........



Seluruh alam buana faham, seisi dunia tahu, lafaz ini jika diucap dengan nada yang lembut, hati yang ikhlas, mampu membuatkan senyuman terukir di wajah yang cerah. Kalimah agung yang menyenangkan pemberi jasa, tanda jasa itu dihargai, lantas membakar semangat untuk terus berjasa dan berjasa.


Terima kasih bonda dan ayahanda kerana meredhaiku. Keringatmu syurga balasannya. Terima kasih tuan guru, cikgu, prof dan sekalian yang bergelar pendeta. Madah cahayamu menyuluh kalbu sehingga membangun ummah. Terima kasih ahlil baytku, gelak ketawa kalian masih segar dalam ingatan. Terima kasih teman sepengajianku dari teratak mengenal ABC hingga menara gading, jari telunjukmu terukir cap jari dalam memoriku. Terima kasih teman sepersilatanku, peluh berlatih masih basah mempertahankan seni budaya. Terima kasih teman niaga dan kerjaku, adakala otak ini ketandusan idea, engkau mencetuskan ilham dan semangat. Terima kasih sekalian yang berpangkat teman yang pernah mengenaliku.


Terima kasih semua. Mana mungkin jasad ini dapat membalas jasa kalian. Diri ini bersyukur kepadaMu diberi kesempatan berkongsi suka duka bersama mereka. Hati ini merakam indah kalimah “daiman fi qolbi”.

Syukran Jazilan. Jazakallahu khairan kathiraa.


Thank You Allah......

fatihi razali
Kuala Terengganu
7 Muharram 1431H
24 Disember 2009



glosari
ahlil bayt - ahli keluarga
daiman fi qolbi - sentiasa dihatiku

No comments:

Post a Comment