Masa sekejap yang terisi dengan melarikan mata pena pada lembaran putih dan dipaparkan di dalam alam maya sebagai perkongsian rasa hati dan fikir minda........

Friday, December 4, 2009

Maghrib wei.....






















Mentari mula melabuhkan tirai di ufuk barat. Langit yang tadi cerah mula bertukar wajah. Biasan mentari yang kemerah-merahan mewarnai kanvas langit yang begitu besar. Saat azan dilaungkan, jutaan makhluk tunduk syukur, kerana sinaran mentari dapat dimanfaatkan untuk membangunkan ummah. Sekali lagi, solat didirikan dengan penuh keinsafan. Jutaan bibir mengucapkan zikir mengagungkan pencipta sekalian alam, jutaan hati ikhlas kepadaNya, jutaan jantung berdenyut berselawat ke atas junjungan mulia, penghulu alam yang dikasihi, Rasulullah saw.


Bulan mula mengambil giliran menyuluh alam. Di bawah satu cahaya, kita bersama menuju kejayaan. Tersurat dalam kamus kajian sains, peredaran bulan menyebabkan berlakunya pasang surut air laut. Al-Quran. Sudah 1400 tahun dahulu al-Quran menyingkap keajaiban kejadian alam. Kajian-kajian sains yang ditemukan saintis barat mengakui Al-Quran merupakan satu lembaran khazanah ilmu yang tidak terhingga banyaknya. Sehinggakan sebahagian mereka yakin dan lantas mengucapkan kalimah tauhid, membenarkan iman dalam hati,dan beramal dengan syariat Islam. Teori Ledakan Besar model Einstein menyatakan bahawa alam cakerawala yang ada sekarang adalah hasil satu ledakan daripada satu pusat.4 Firman Allah SWT dalam surah al-Anbiya ayat 30 yang bermaksud “ Dan apakah orang-orang yang tidak beriman tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan daripada air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tidak juga beriman?”Nah, bukti al-Quran itu mengandungi tinta-tinta emas yang bersinar, begitu mahal harganya.


fatihi razali,
Kuala Terengganu,
27 November 2009
10 Zulhijjah 1430H

footnote:
4.Buku Menyingkap Keajaiban Al-Quran mengikut Kajian Sains,Abu Ar-Razi Al-Ahmadi,Pustaka Ilmi 2002

No comments:

Post a Comment