Masa sekejap yang terisi dengan melarikan mata pena pada lembaran putih dan dipaparkan di dalam alam maya sebagai perkongsian rasa hati dan fikir minda........

Friday, December 4, 2009

kembara kota ilmu


Ilmu itu sendiri nur. Nur yang menerangi kehidupan. Ianya memancar di kala gelap, ianya bersinar bagai emas yang menyinari dengan pantulan mentari di kala cerah. Amat rugi jika sudah berada di kota ilmu, tintanya tidak dibaca, mutiaranya tidak dikutip, permatanya tidak digilap, laluannya tidak diselusuri, bahteranya tidak melabuh singgah di pelabuhan dewan konvokesyen.

Pena pengembara kota ilmu, menari asyik di lembaran-lembaran putih, mencatat segala idea dan ilham, tujuannya untuk membangunkan ummah, menaikkan martabat bangsa, menegak kalimah agama. Mahal dakwatnya kerana berisi keikhlasan dan kesungguhan. Kalau lilin membakar dirinya untuk menerangi teratak, apalagi nur ilmu, bagaikan pancaran sinar alfa,beta dan gamma menembusi dinding kebal, merentas benua.


fatihi razali,
Kuala Terengganu
13 Zulhijjah 1430H
30 November 2009

No comments:

Post a Comment