Masa sekejap yang terisi dengan melarikan mata pena pada lembaran putih dan dipaparkan di dalam alam maya sebagai perkongsian rasa hati dan fikir minda........

Thursday, December 17, 2009

Destinasi Hijrah

Termenung diam seribu bahasa. Kepala menyandar rehat di telapak tangan yang disilang erat. Bukan tanda malas. Bukan bunyinya mengeluh. Jauh sekali putus asa. Otak ini ligat memikirkan pelan baru, minda ini sedar merencana strategi, akal ini sedia menimbang dengan baik, semuanya tidak lain tidak bukan, untuk mengharungi kalendar hijrah yang baru.



Sambil melihat cermin pandang belakang umpama mengambil pengajaran lalu, sambil menoleh ke cermin pandang sisi umpama sedar halangan disisi, kaki ini sedia menekan laju memecut dengan halaju yang dibenarkan. Namun, mana mungkin kita bergerak jika gear semangat tidak ditolak. Destinasi hijrah yang dituju.

Keluar dari kegelapan kejahilan kepada terangnya ilmu, bergerak dari takuk lama ke takuk yang baru, menyusur dari hulu ke hilir, membukit dari sedkit ke banyak, mengecas dari lambat ke laju,semuanya satu erti, berhijrah dari buruk ke baik.



Saam Maal Hijrah 1431H



fatihi razali,
Sg. Buloh,
29 Zulhijjah 1430H
17 Disember 2009

No comments:

Post a Comment